Selangkah ke UPM



Kurang daripada 24 jam lagi aku akan melangkah masok ke UPM Serdang. Berbagai perasaan perasaan timbul. Cuak ada, takut ada, excited ada... Macam-macam la. Tapi ape2 pun kene tetap pergi. Entry ari ni aku nak cerita pasal persediaan aku untuk memasuki UPM ini. Pada 6 Mei 2011 lepas, aku telah ditawarkan ke program Asasi Sains Pertanian. Lepas je aku ditawarkan ke UPM tu, aku pon terus la call my mom. Dia pon tak sangke apa yang kami borak sehari sebelum itu menjadi kenyataan. Kami berborak pasal my mom semasa belajar di UPM dulu.



Antara nasihat yang sempat ditangkap oleh memori kepala aku ialah :
 1. Cari kawan yang soleh dan baik sahaja.
 2. Jangan nak mengatai bercinta-cinta (belum masanya)
 3. Selalu hadirkan diri ke surau dan ikut program usrah ke kuliah ke.
 4. Jangan bebas sangat, dah la duduk jauh dari mak ayah.
 5. Sembahyang jangan tinggalkan.
 6. Study tu focus betul2 sebab anda ada masa setahun sahaja.
 7. Selalu bergaul dengan budak2 surau.
 8. Jangan ikut pengaruh negatif rakan2.
 9. Bila berbelanja tu berjimat sikit.
 10. Selalulah telipon mak kat sini.
 11. Jangan buat perkara2 yang tak senonoh.
 12. Jangan lupa banyakkan doa dan solat sunat.
 13. Jangan lupa diri dan asal usul.

Pergh... itu adalah antara nasihat yang diberikan kepada aku. InsyaAllah mak saya aku ingat sampai bila2. Aku paham, ini merupakan pengalaman sulungnya menghantar anak sendiri ke universiti. Pastinya akan risau akan keselamatan dan tingkah laku anaknya semasa di universiti. Tapi mak jangan risau, pandailah Faradz jaga diri. Selain itu juga, aku ada la shopping serba sedikit barangan keperluan. Antaranya adalah :

 1. Kasut sukan - nasib baik jumpe yang murah punya less than RM 100
 2. Baju kemeja - tak payah banyak2, 2 helai je da cukup.
 3. Seluar slack - sehelai saja da cukup sebab yang tahun lepas punya leh pakai lagi.
 4. Baju berkolar - sehelai je, baju maktab tu pun boleh pakai.
 5. Beg - 1 beg galas dan 1 beg bagasi (nak rasa gak pakai beg tu asyik tengok org pakai je)
 6. Stationary - semua da complete cuma pen je banyak abis dakwat.
 7. Toiletries - Deodran lama dah nak abis. Pencuci muka tak payah beli membazir je.

Itulah antara barangan yang aku beli. Tak banyak sangat kan. Sebenarnya aku kesian dengan mak aku yang terpaksa keluar duit yang banyak semata-mata nak tengok anak dia sambung belajar.  I LOVE U MOM! AYAH pun sama!

Azam melangkah ke UPM :

 1. Melangkah untuk menimba ilmu
 2. Mencipta kejayaan
 3. Mematangkan diri dengan kampus life (supaya tak culture shock bila time ijazah)
 4. Menerokai dan menikmati alam ciptaan Allah

Thats all for now : Faradz!

Comments

Post a Comment